Mangsa, Md. Momrag Khan berusia 39 tahun yang beralamat di Tanjung Karang, Selangor ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Gen 2 dengan kesan kelar di bahagian leher.

LELAKI warga Bangladesh ditemukan mati dengan kesan kelar pada leher di Kilometer 60, Jalan Gua MusaLELAKI warga Bangladesh ditemukan mati dengan kesan kelar pada leher di Kilometer 60, Jalan Gua Musang-Lojing, berhampiran Pos Hendrop, semalam. - UTUSAN ONLINE

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, sebelum itu Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 1.15 petang.

Katanya, orang awam memberitahu terdapat sebuah kenderaan telah menghalang lalu lintas berhampiran simpang jalan Pos Hendrop dan mendapati seorang mangsa lelaki warganegara asing dalam keadaan berlumuran darah.

“Pihak polis bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan mendapati mangsa telah dikelar menggunakan senjata tajam.

”Anggota turut menjumpai sebilah pisau berhulu kayu coklat sepanjang 23 sentimeter ditempat pemijak kaki dalam kereta itu yang dipercayai digunakan untuk mengelar leher mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, siastan di dalam kereta juga turut menemukan duit bernilai RM15 yang dipegang dalam tangan kanan mangsa yang berlumuran darah.

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Hasil semakan mendapati kereta Proton Gen 2 berwarna silver dibeli dan didaftarkan atas nama mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE