Suspek berusia 48 tahun itu didakwa menawarkan wang tunai RM3,500 supaya isterinya yang merupakan warga tempatan tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai lesen menjual barang kawalan.

Dia yang bekerja sebagai pembantu di kedai runcit milik isterinya di College Height Garden Resort, Pajam dekat sini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17B Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan selepas anggota penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan ke atas barang kawalan iaitu minyak masak, tepung dan tong gas yang dijual di kedai terbabit.

Perintah reman itu dikeluarkan hari ini oleh Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Nur Hayatie Mohd. Saini.

Permohonan bagi mendapatkan perintah tahanan reman dibuat oleh Pegawai Penyiasat SPRM, Mohamad Faisal Othman. - UTUSAN ONLINE