Menurut maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, lima lagi mangsa termasuk seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai suspek turut cedera selain seorang rakyat Taiwan mengalami kecederaan ringan pada bahagian jari.

Komander Operasi JBP, Mohd. Hafiz Timardin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira -kira pukul 4.55 petang tadi sebelum sepasukan anggota dihantar ke hospital berkenaan yang terletak di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim.

“Anggaran kemusnahan bilik tersebut adalah kira -kira 50 peratus, namun api berjaya dipadamkan melalui sistem sprinkler kira-kira pukul 5.18 minit petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis telah menahan suspek bagi membantu siasatan.

Katanya, motif lelaki berkenaan bertindak demikian masih disiasat dan pihaknya juga sedang menunggu laporan kesihatan mental suspek. - UTUSAN ONLINE