Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 39 tahun itu disyaki menghadapi masalah mental berdasarkan rekod perubatannya.

Katanya, dalam kejadian kira -kira pukul 4.48 petang semalam, suspek membawa sebotol minyak petrol dan menyimbah ke arah doktor berkenaan.

"Ketika itu berlaku pergelutan dan suspek berjaya menyalakan api menyebabkan berlaku kebakaran dalam bilik berkenaan," katanya.

Beliau memberita seorang jururawat dan pesakit warga Taiwan yang berada dalam bilik berkenaan juga mengalami kecederaan.

"Doktor berkenaan yang melecur di bahagian badan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan mangsa lain dirawat di hospital swasta berkenaan," katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE