Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 pagi di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini, lelaki itu yang berada di kaunter didatangi dua suspek bertopi keledar berusia 27 dan 35 tahun bersenjatakan pisau dan pemutar skru sebelum meminta wang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, bagaimanapun, pergaduhan antara suspek dan mangsa yang pemilik kedai runcit itu didengari orang awam sebelum datang memberi bantuan.

“Pergelutan itu telah menyebabkan ketiga-tiga orang awam luka di bahagian lutut dan bengkak tangan manakala pemilik premis tersebut tidak cedera.

“Kedua-dua suspek berjaya ditangkap polis dan akan direman lima hari serta disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” kataya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE