Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamed Pajeri Ali berkata, dalam kes pertama, nelayan warga Vietnam itu didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran kira-kira pukul 9 pagi di perairan Malaysia.

“Kami merampas bot kayu mereka bersama enjin dan peralatan menangkap ikan bernilai RM133,800.

“Bagaimanapun semasa penahanan itu, tiada hasil laut yang ditangkap nelayan terbabit,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohamed Pajeri, penahanan kedua melibatkan warga Indonesia berusia antara 25 dan 38 tahun di atas sebuah kapal pukat tunda kerana menangkap ikan menggunakan pukat di bawah 38mm, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 26 (b) Akta Perikanan 1985.

Katanya, PPM dan Jabatan Perikanan sedang mengadakan Op Gelora Khas apabila mendapati mereka menangkap ikan secara haram kira-kira 13.32 kilometer di perairan Tanjung Punai berhampiran Universiti Malaysia Sabah Labuan pada 6.50 pagi semalam.

“Hasil daripada itu, pihaknya merampas beberapa barangan bernilai RM202,800 membabitkan hasil tangkapan berjumlah 150 kilogram, kapal pukat tunda bersama enjin dan peralatan menangkap ikan.-BERNAMA