Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Dzulbaharin Ismail berkata, kumpulan terbabit ditangkap kira-kira pukul 6 pagi ketika melakukan jenayah tersebut.

Katanya, selain tangkapan, polis turut merampas beberapa jenis barang yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri kumpulan terbabit.

“Siasatan mendapati kumpulan ini aktif melakukan pecah rumah di kawasan daerah Tuaran terutamanya di taman-taman perumahan dan Kampung Melalin, Mengkabong, Kampung Indai dan Tambalang.

“Dengan tangkapan ini juga, secara langsung dapat membantu menyelesaikan beberapa kes pecah rumah bagi daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Dzulbaharin menambah, kumpulan terbabit menyasarkan rumah tidak berpenghuni sebagai sasaran utama selain aktif pada waktu malam.

“Rumah yang tidak berpenghuni ini merupakan rumah yang ditinggal pemilik ketika pergi kerja atau ditinggal dalam suatu masa yang panjang atau pendek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE