Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, proses penggalian semula itu adalah bertujuan untuk bedah siasat kali kedua.

“Abang Allahyarham telah membuat laporan polis pada 24 September lalu kerana tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur.

“Susulan laporan tersebut, polis telah berbincang dengan Pengarah Pendakwaan Negeri untuk menggali semula kubur bagi melakukan bedah siasat mayat kali kedua,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Fadzil, prosedur gali semula kubur itu dijalankan mengikut prosedur di bawah Seksyen 336 Kanun Tatacara Jenayah. - UTUSAN ONLINE