Timbalan Perdana Menteri berkata, pengumuman mengenai individu yang akan menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan dibuat pada 4 September ini, pada hari Khalid mulai bersara.

“Beliau tidak berhajat untuk menyambung perkhidmatan walaupun ditawarkan. Kami di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tan Sri Khalid kerana berkhidmat dengan cemerlang sepanjang 40 tahun dalam PDRM.

“Sepanjang perkhidmatan sebagai KPN, beliau telah banyak melakukan transformasi di Bukit Aman, juga membantu menterjemahkan misi KDN bagi mengurangkan indeks jenayah di negara ini hingga kini mencapai penurunan sebanyak 47 peratus.

Beliau menyatakan demikian bagi mengesahkan persaraan Khalid dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, di Stadium Tertutup, Gong Badak di sini hari ini.

Di samping itu katanya, soal siapa yang akan menjadi Timbalan KPN dan penyandang beberapa jabatn di Bukit Aman akan diputuskan oleh pihak suruhanjaya sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda.

“Soal siapa yang akan menjadi ketua dan timbalan tidak harus dijadikan spekulasi. Perkenan Yang di-Pertuan Agong merupakan suatu yang mutlak atas nasihat Perdana Menteri,”ujarnya. - UTUSAN ONLINE