Pengarahnya, Khairul Anwar Bachok berkata, kenderaan jenis Ford Ranger itu sudah mengisi 350 liter diesel bernilai kira-kira RM800 dipercayai untuk dijual untuk pihak industri.

“Dalam operasi sepasukan anggota pengkuat kuasa KPDNHEP Johor Bahru didapati seorang lelaki warganegara tempatan, sedang mengisi diesel ke dalam tangki kenderaan pacuan empat roda.

“Ketika ditahan didapati mengisi 350 liter diesel. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sekitar RM40,800 termasuk minyak diesel, kenderaan bersama-sama tangki yang di sita.

“Lelaki warganegara tempatan berumur 54 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di stor eksibit KPDNHEP Johor di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE