Menurut sumber, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan pada pukul 2 petang di Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai.

Jelas sumber, siasatan awal mendapati suspek tersebut telah mengemukakan tiga tuntutan yang bernilai lebih RM9,000 bagi kerja-kerja pencetakan dan peralatan pejabat kepada agensi berkenaan sedangkan kerja-kerja dan peralatan tersebut tidak dibekalkan.

“SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Seberang Perai.

“Beberapa lagi individu sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama. Suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abduulah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE