Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kes tipu internet meningkat di Negeri Sembilan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin (kiri) bersama pegawainya menunjukkan modus operandi kes penipuan pembelian barang menerusi internet dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di Seremban, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 12 Sept. - Kes penipuan dalam talian meningkat dengan mendadak di Negeri Sembilan dengan 540 kes telah dilaporkan berlaku dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini membabitkan kerugian kira-kira RM4.32 juta.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, jumlah kes itu meningkat lebih 100 peratus berbanding 225 kes dengan nilai kerugian kira-kira RM1.77 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata, penipuan itu melibatkan pembelian barangan secara dalam talian, jerat cinta di internet, Macau Scam dan pinjaman tidak wujud.

"Kes penipuan Macau Scam mencatatkan nilai kerugian paling tinggi iaitu RM1.7 juta diikuti kes pembelian barangan menerusi dalam talian sebanyak RM1.1 juta pada tahun ini.

"Kes pembelian barangan menerusi dalam talian juga merekodkan peningkatan ketara tahun ini dengan 286 kes berbanding 109 kes tahun lalu bagi tempoh sama," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Menurutnya, kajian polis mendapati jenayah penipuan itu menunjukkan peningkatan yang begitu ketara dan perbandingan menunjukkan kenaikan melebihi 100 peratus dan ada yang melebihi 200 peratus.

Noor Azam memberitahu, polis berjaya menahan beberapa individu yang disyaki terlibat dengan penipuan tersebut dengan penyelesaian kes antara 10 hingga 20 peratus.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan berhubung status atau iklan di internet boleh berhubung terus dengan bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman di talian 03-26101555. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain