Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, memandangkan kes berkenaan melibatkan ahli politik, ia akan dirujuk ke Putrajaya oleh DPP negeri.

LOO WHY LEONG
LOO WHY LEONG 

“Semua pihak terlibat memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan. Kita sudah rujuk kertas siasatan kepada DPP dan sedang menunggu apa keputusannya,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 15/2019 peringkat kontijen polis negeri di Stesen Minyak Shell Kuantan Bypass 1, Permatang Badak di sini hari ini.

Why Leong dilaporkan ditahan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut pada 19 Mei lepas bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Difahamkan, laporan polis dibuat Mazlan pada 17 Mei lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan yang didakwa daripada Why Leong menerusi aplikasi WhatsApp.

Mesej berbaur ugutan itu dikatakan susulan tindakan sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Jerantut yang menjalankan operasi membanteras penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan.

Tindakan penguatkuasaan itu dipercayai menimbulkan bantahan beberapa pihak yang tidak senang dengan tindakan itu. - UTUSAN ONLINE