Lim Guan Eng

Guan Eng berkata, ini kerana kilang berkenaan terletak di atas ta­nah milik persendirian dan di­bi­na sebelum 2008.

Dalam masa sa­ma­ beliau menga­kui Kerajaan DAP Pulau­ Pinang ti­dak­ mengambil tinda­kan­ terhadap semua ban­gunan, rumah iba­dat atau penjaja yang ber­operasi secara haram dan wujud sebelum 2008 dan itu dijadikan sebagai dasar selepas mengambil alih kerajaan ne­geri.

“Kami ambil keputusan bahawa semua bangunan haram termasuk kilang tidak akan disentuh kecuali jika ia mengganggu orang awam dan aliran trafik sehingga satu penyelesaian dapat dicapai. Kami tidak mengehadkan tempoh untuk penyelesaian yang baik antara semua pihak.

“Tapi kami selalu sebut cuba kurangkan ambil langkah mitigasi untuk mana-ma­na kesan negatif sekiranya timbul,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng bersama beberapa wakil rakyat DAP hadir di pekarangan Mah­kamah Majistret di sini bagi memberi sokongan kepada Exco kerajaan ne­geri, Phee Boon Poh yang kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan serbuan pihak berkuasa terhadap kilang berkenaan pa­da Khamis lalu.

Guan Eng menyifatkan tindakan yang diambil terhadap Boon Poh sebagai tidak adil kerana beliau percaya wa­kil rakyat berkenaan tidak mempunyai sebarang kepenti­ngan ke atas kilang berkenaan.

“Sebelum Boon Poh masuk ke dunia politik, dia sudah kaya kerana harta warisan keluarganya, dia paling kaya di antara kami semua, jadi tidak mungkin dia terlibat,” katanya.

Guan Eng berkata, Boon Poh hanya melaksanakan dasar kerajaan negeri berdasarkan surat yang didakwa mempunyai tandatangan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Ma­s­yarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri itu supaya tindakan terhadap kilang berkenaan ditangguhkan.

"Sekiranya surat yang ditandatangani oleh wakil kerajaan negeri menjadi punca dia ditahan oleh pihak berkuasa, maka semua urusan pentadbiran akan terganggu," katanya.