Dalam operasi pada pukul 12.15 tengah malam itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang menyerbu premis berkenaan selepas melakukan risikan selama dua hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menahan 11 individu warga asing termasuk seorang lelaki Siam warga tempatan berusia 50 tahun yang berperanan sebagai penjaga premis berkenaan. 

“Semasa serbuan itu, terdapat dua wanita warga Thailand berusia 25 dan 27 tahun dipercayai bekerja sebagai pelacur. Ketika ditahan, kedua-dua wanita mempunyai pasport.

"Turut ditahan lapan lelaki warga Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang dipercayai pelanggan kepada pelacur berkenaan. Pelanggan berusia 20 hingga 30 tahun itu menunjukkan salinan pasport masing-masing dan mengaku mempunyai majikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Mior Faridalathrash, dipercayai pelacur berkenaan menawarkan khidmat mengurut dengan kadar bayaran RM80 manakala untuk pakej urut dan seks pula sebanyak RM120.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya turut merampas buku log perniagaan, kondom dan pelbagai barangan lain yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran.

“Kesemua mereka direman tiga hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresan 1963,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE