Semua suspek berusia antara 15 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini pada awal pagi.

Timbalan Ketua Polis negeri, Pemangku Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamnad Piah berkata, semua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal kemungkinan kebakaran itu perbuatan khianat. Hasil maklumat orang ramai semua suspek berjaya ditahan dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.

"Laporan punca sebenar kejadian juga masih dalam siasatan bomba Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis ngeri di Ibu Pejabat Polis Kelantan di sni hari ini.

Terdahulu, beliau menerima tugas sebagai Timbalan Ketua Polis negeri daripada Datuk Azmi Abu Kassim yang akan memulakan tugas Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Bahagian Sumber Manusia) di Bukiit Aman, Kuala Lumpur,

Majlis itu disaksikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan.

Akhbar sebelum ini melaporkan tujuh buah rumah membabitkan seramai 59 penghuni musnah dalam kebakaran di Kampung Dusun Muda di sini pada pukul 9 malam Isnin lalu. - UTUSAN ONLINE