Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, jumlah keluasan kebakaran yang berjaya dipadamkan dalam operasi bermula pukul 10 pagi ini yang dibantu pekerja dari syarikat korporat berhampiran ialah 4.04 hektar.

"Kebakaran mula dikesan di kawasan tersebut pada khamis lalu kira-kira pukul 10.28 pagi di Lot 4041 kemudiannya merebak ke kawasan lain sehingga menuju hutan berdekatan kawasan ladang Shin Yang semalam.

“Jumlah kawasan terbakar dalam tempoh dalam tempoh tiga hari itu iaitu 250 ekar dan ada sebahagiannya dipadamkan kami dan ada terpadam dengan sendiri sehingga meninggalkan sedikit asap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Poh Kionh, kebakaran hutan dan tanah gambut ini menjadi punca utama jerebu yang melanda bandar raya Miri.-BERNAMA