ANGGOTA pasukan Polis Marin Wilayah Lima memeriksa kayu balak yang dirampas di Logpond Sungai Lumut, Tanjung Manis dekat Sarikei, Sarawak, kelmarin. UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

Komandernya, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, kesemua kayu balak pelbagai jenis dan saiz itu dirampas dalam operasi bersepadu dijalankan pada pukul 12.15 tengah hari.

Menurutnya, operasi dijalankan oleh PPM Wilayah Lima bersama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) cawangan Sarikei selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua kayu balak yang ditebang itu tidak mempunyai sebarang cop pengesahan daripada JHS,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Salehuddin, tiada tangkapan dibuat semasa serbuan, memandangkan semua pekerja tidak berada di lokasi tersebut namun usaha mengesan pembalak haram berkenaan sedang giat dijalankan manakala balak dirampas diserahkan kepada JHS di sini untuk siasatan lanjut.