Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata, rampasan dilakukan setelah pihaknya mengesan aktiviti menebang pokok secara haram di kawasan tanah kerajaan dan hutan simpanan kekal pada 6 dan 11 April lalu.

Katanya, kedua-dua kes tersebut berlaku di Jalan Sumpitan menghala ke Ijok di Lenggong dan Hutan Simpan Bintang Hijau di Daerah Larut, Matang dan Selama.

“Kedua-dua kes telah dilaporkan kepada polis dan beberapa rampasan dilakukan termasuk motosikal, kenderaan pacuan empat roda dan kayu proses.

“Kes disiasat di bawah Subseksyen 15 (1), 47 (1) dan perenggan 81 (1) (b) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (pemakaian) 1985,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE