Operasi bermula pukul 3 petang dan disertai 16 penguat kuasa itu adalah hasil risikan selama tiga minggu berdasarkan aduan daripada wakil cap dagangan.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, antara jenama kasut dan selipar tiruan yang dirampas ialah jenis Nike, Adidas, Gucci dan Hermes.

"Kita percaya barangan tiruan ini disasarkan untuk dijual di sekitar bandar raya ini termasuk di pasar malam serta premis lain.

"Barangan ini dijual pada harga murah iaitu RM25 sepasang untuk kasut dan RM5 ke RM7 untuk selipar," katanya ketika ditemui di salah sebuah lokasi serbuan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011. - UTUSAN ONLINE