Pengarahnya, Datuk Abdullah Jaafar berkata, rokok itu dirampas selepas anggota JKDM negeri menahan sebuah lori jenis Isuzu di bahu jalan sebelum Plaza Tol Rasah di sini pada pukul 1.30 pagi.

“Selepas pemeriksaan dibuat, anggota kami menemukan 3,640,000 batang rokok jenama John yang dibalut dengan plastik hitam di dalam lori berkenaan.

“Pemandu lori bagaimanapun sempat melarikan diri daripada diberkas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abdullah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda minimum 10 kali ganda nilai barangan, maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE