Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, rampasan tersebut membabitkan cukai berjumlah lebih RM1.1 juta.


“Serbuan di Setiu, Terengganu itu kita lakukan semalam selepas berjaya memintas sebuah lori di hadapan Sekolah Kebangsaan Batu, 29, Jalan Kota Bharu-Terengganu membabitkan 5,400 karton rokok berjenama Saat.


“Kita juga berjaya menahan pemandu lori berkenaan yang berusia 47 tahun. Hasil siasatan mendapati dia sudah mempunyai rekod berkaitan dengan aktiviti penyeludupan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Mohd. Nasir memberitahu, kelmarin dalam serbuan di Gua Musang, pihaknya telah merampas 8,410 karton rokok seludup pelbagai jenis membabitkan cukai berjumlah RM707,037.84.


Katanya, rampasan tersebut dilakukan pada pukul 2.15 petang selepas berjaya memintas sebuah lori di hadapan sebuah restoran makanan segera di bandar berkenaan.


“Kita akan terus giatkan operasi untuk membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasan pada masa hadapan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE.