Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kastam rampas 11,688 tin minuman keras tanpa cukai

Minuman dikeras dirampas
RATUSAN karton minuman keras yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Jalan Silam kelmarin. - UTUSAN ONLINE

LAHAD DATU 19 Mei - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya mematahkan cubaan menyeludup 11,688 tin minuman keras tanpa cukai bernilai RM55,803.68 di Jalan Silam, di sini kelmarin.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, kejayaan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas sebuah lori jenis Hino yang terbabas akibat hilang kawalan ketika menuruni bukit di jalan tersebut kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori berkenaan menemukan ratusan katon minum keras jenama ‘Burge Meester’ yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kita percaya sebanyak 11,688 tin minuman keras bernilai RM17,532 yang ditemukan itu diseludup untuk pasaran tempatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Janathan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain