Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kanak-kanak perempuan tersebut disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 5.15 pagi,

"Dalam perkembangan berkaitan, kita juga telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun pada pukul 1 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung kes ini.

"Berikutan kematian kanak-kanak ini, polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh dan akan disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - UTUSAN ONLINE