Difahamkan, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Hospital Serdang, dekat sini oleh keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan tumpul yang berganda di seluruh badan.

“Siasatan awal mendapati, suspek telah menjaga anaknya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik selepas isterinya keluar dari rumah sejak dua bulan lalu,” katanya.

Ujar Ahmad Dzaffir, suspek telah ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Balai Polis Semenyih, dekat sini untuk membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kajang, dekat sini.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Azlinda Abtu di talian 012-6853281. - UTUSAN ONLINE