Kelvin Weychelly Bangga Justin

Dalam kejadian pukul 4.19 petang itu, Kelvin Weychelly Bangga Justin ditemukan ibu tirinya dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik mandi.

Menurut sumber, kanak-kanak lelaki tersebut dikejarkan ke Hospital Limbang oleh ibu tirinya berusia 22 tahun.

“Doktor mengesahkan ka­nak-kanak itu telah pun meninggal dunia.

“Bagaimanapun, pemeriksaan badan menemukan kesan lebam di dahi, bahagian belakang, perut dan kesan luka pada ari-ari, mulut, hidung, belakang telinga kanan serta dubur ber­darah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, pihak hospital telah membuat laporan polis setelah merasakan keadaan kematian kanak-kanak itu tidak sesuai dengan laporan ibu tirinya.

“Dia memaklumkan semasa di bilik mandi, kanak-kanak itu telah bermain air di besen dan ibu tiri itu pergi ke dapur bagi memadamkan gas.

“Sekembalinya ibu tiri itu didapati anaknya terbaring di lantai tidak sedarkan diri,” ujarnya.

Difahamkan ibu bapa kan­dung kanak-kanak itu tidak berpuas hati dengan penjelasan ibu tiri dan mahu mengetahui punca kematian anaknya.