Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 252 tangkapan yang ujian saringan air kencingnya didapati positif.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur membuat sebanyak 21 serbuan di kediaman mewah yang mengadakan parti liar ini sepanjang tahun lalu.

“Lazimnya, di dalam parti sebegini memang akan ada jamuan dadah seperti ganja, heroin, ketamin, erimin 5, ekstasi dan lain-lain lagi... apa yang menyedihkan, kanak-kanak berusia 12 tahun pun ada yang ditangkap dalam serbuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Media Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mazlan turut berkata, selain parti liar, pihaknya juga menyerbu sebanyak 174 pusat hiburan dan menahan 1,818 orang pada tahun lalu.

“Dalam serbuan pusat hiburan ini, ada enam perkara yang kita tumpukan iaitu pelanggan bawah umur, dadah, gangsterism, perjudian haram serta lesen perniagaan.

“Tahun ini juga kita akan teruskan menggempur pusat hiburan serta parti liar ini supaya gejala jenayah dapat dikurangkan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE