Kejadian berlaku pukul 9.30 malam sewaktu Norinda Ismail, 30, yang bertugas di Hospital Tuanku Ampuan Afzan ( HTAA ) Kuantan, Pahang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Baru Cheneh dekat sinI mengakibatkan mangsa terseliuh tangan kirinya.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim ketika dihubungi berkata, semasa kejadian mangsa diikatakan dari arah Bandar Kuantan menghala ke kediamannya di bandar Baru Cheneh..

Setiba di lokasi kejadian, katanya, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Axia dikatakan tidak menyedari haiwan seberat melebihi 100 kilogram itu tiba-tiba keluar dari hutan bersebelahan dan melintas jalan.

“Kerana terlalu hampir, mangsa gagal mengelak lalu melanggar tapir itu sebelum kereta mangsa terbabas ke dalam semak di situ..

“Akibat perlanggaran itu, haiwan tersebut yqng cedera di kepala dan badan mati di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Jelasnya, haiwan liar itu kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu Mohd. Said beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melalui jalan tersebut memandangkan laluan itu merupakan laluan utama bagi haiwan liar untuk mencari makanan. - UTUSAN ONLINE