Dalam serbuan Op Pluto Timur pada pukul 8.30 malam tersebut, bot penumpang terbabit dipercayai dalam perjalanan ke negara jiran.

Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim, Mohd. Yusri Hussin berkata, hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya menemukan 30 tong gas LPG bernilai lebih kurang RM27,000 di atas bot penumpang terbabit.

"Hasil siasatan awal mendapati bot yang membawa muatan tong gas berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke negara jiran melalui perairan daerah ini.

"Sehubungan itu, juragan dan bot berkenaan dibawa ke jeti APMM daerah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, pihak APMM akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan di perairan Malaysia khususnya di daerah ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - UTUSAN ONLINE