Hal demikian kerana anggota bomba yang ke lokasi kejadian kira-kira pukul 11 malam selepas mendapat maklumat berlaku kemalangan di situ mendapati mayat dalam keadaan meragukan sebelum memaklumkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nanyan yang mengesahkan penemuan mayat berkenaan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Tunggu laporan bedah siasat. Bunuh atau kemalangan saya akan kemaskini,” katanya. - UTUSAN ONLINE