Dalam serbuan Ops Dadu pada pukul 12.45 tengah malam, sepasukan polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah berjaya menahan kesemua lima individu warga tempatan berusia 27 hingga 55 tahun.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, dalam serbuan tersebut polis turut merampas beberapa barangan termasuk wang tunai dengan anggaran nilai berjumlah RM4,515.

“Bertindak di atas hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis membuat serbuan dan menahan lima individu termasuk tiga wanita dalam sebuah rumah dipercayai terlibat kegiatan berjudi daun terup.

 

“Kesemua suspek yang ditangkap dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama-sama barang rampasan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Ahsmon berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. - UTUSAN ONLINE