DENGKIL 10 FEBRUARI 2015 - Temubual Pengarah Jabatan Siasatan
Datuk Seri Mohmad Salleh

Pengarahnya, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, bagi kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, mereka mempunyai pilihan lain iaitu hukuman penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang 15 sebatan.

“Apabila Kabinet telah memutuskan untuk mansuhkan hukuman bunuh, kita ikut sahajalah... kita ini hanya penguatkuasa undang-undang.

“Tapi secara peribadi, saya lebih sokong sekiranya ia dikekalkan, kerana pengedar dadah ini dia merampas satu persatu nyawa anak bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai hasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati oleh kerajaan dalam sidang akhbar serbuan dadah di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang, di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan berhasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kertas kerja mengenainya kini dalam fasa akhir malah Jabatan Peguam Negara telah memaklumkan pemansuhan itu bakal dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat bermula 15 Oktober ini. - UTUSAN ONLINE