Pengarahnya, Aidid Tajuddin berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan bagasi dilakukan.


Katanya, lelaki berkenaan tiba di LTSM pada pukul 7.30 malam, kelmarin menerusi penerbangan dari Bengaluru, India manakala bagnya tiba lewat sehari iaitu pada kira-kira pukul 8.55 pagi.


“Hasil siasatan mendapati dadah itu disorok dalam ruangan khas bagasi di sebalik timbunan 29 pasang kain sari yang dikatakan untuk dijual.


“Suspek yang mendakwa dirinya peniaga sari ditahan ketika dia datang semula ke LTSM untuk menuntut bagasinya itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE