Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

JKDM patahkan cubaan seludup dadah jenis methamphetamine seberat 5.15kg di KLIA

DADAH 2
PENGARAH JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang menunjukkan dadah jenis methamphetamine seberat 5.15kg yang berjaya dirampas pihaknya semalam di KLIA. - UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA 5 Julai- Cubaan seorang lelaki warga India menyeludup 5.15 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM360,500 dalam bagasinya berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang berkata, suspek berumur 55 tahun yang menaiki penerbangan MH0181 dari Chennai,India ke Kuala Lumpur itu ditahan pada pukul 7.10 pagi semalam dan modus operandinya ialah menyorokkan dadah dalam ruang khas di dalam bagasinya.

Beliau berkata, kegiatan suspek terbongkar selepas imbasan terhadap bagasinya menunjukkan imej mencurigakan dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat serbuk kristal putih disyaki dadah jenis methamphetamine yang disorokkan di ruangan khas di dalam bagasi.

“Jumlah anggaran berat kasar keseluruhan dadah tersebut ialah 5.15kg dan bernilai RM360,500. Siasatan awal mendapati suspek sudah enam kali datang ke Malaysia pada tahun ini dengan menggunakan pas pelancong dan bekerja sebagai petani di India.

“Hasil siasatan juga mendapati dadah tersebut untuk pasaran Malaysia dan bukannya untuk transit ke negara lain. Suspek telah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut sebelum didakwa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain