Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menasihatkan orang ramai bahawa usaha pencarian mesti diketuai oleh pihak polis dan bomba.

“Kita tidak mahu yang mencari pula hilang nanti jadi isu lain. Bila dia cari dia hilang, kita pula cari orang yang konon-kononnya berusaha, muat naik, tularkan dalam Facebook dan Whatsapp.

“Aturan pencarian itu akan ditentukan oleh ketua balai (OCS) dan juga daripada pihak bomba dan penyelamat serta agensi terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan Kembara Kapcai sempena peringatan Hari Polis Ke-212 di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Program seramai 212 peserta itu turut disertai oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby. - UTUSAN ONLINE