Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, mangsa, 41, bersama suaminya, 61, sedang berada di Jalan Tengah, Kampung Sungai Terentang, dekat Rawang apabila dihampiri lelaki yang juga jiran mereka itu.

“Suspek berusia 49 tahun itu terus menikam pasangan tersebut menyebabkan mangsa wanita meninggal dunia ketika sampai di Hospital Selayang akibat kecederaan parah di bahagian dada manakala suaminya masih lagi dirawat di zon merah hospital sama.

“Suspek berjaya ditahan dan kita masih siasat motif lelaki tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Samsor, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE