Lebih kejam, lelaki tersebut yang berumur 57 tahun turut pernah memasukkan objek keras dan timun di dalam kemaluan mangsa berusia 44 tahun itu sehingga menyebabkan wanita tersebut terpaksa menanggung kesakitan.

Tidak tahan dengan sikap suaminya itu, wanita tersebut akhirnya membuat laporan polis terhadap lelaki itu pada 27 Mac lalu.

NOOR MUSHAR MOHD.
NOOR MUSHAR MOHD. 

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, wanita yang menjalankan perniagaan makanan itu telah dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii, hubungan seks menggunakan objek keras serta dipukul oleh suaminya.

Katanya, pada November tahun lalu, suspek telah mengajak isterinya itu melakukan hubungan seks dan meliwat dengan memasukkan objek di bahagian dubur sehingga menyebabkan pengadu merasa sakit.

Ujarnya, sebelum itu, pada Ogos, suspek juga pernah memasukkan satu objek keras dan panjang ke dalam dubur pengadu sehingga menyebabkan wanita berkenaan menanggung kesakitan.

“Suspek juga bersikap panas baran terhadap pengadu dan sering memarahi anak-anak mereka. Malah pada Januari lalu, dalam satu pertengkaran, suspek telah menumbuk bahagian dada pengadu.

“Saksi kejadian iaitu anak sulung mereka menyatakan telah melihat kejadian di mana ibunya telah ditumbuk di bahagian dada sebanyak sekali oleh suspek semasa berada di ruang tamu rumah.

“Saksi itu juga menyatakan bahawa suspek seorang yang panas baran namun tidak pernah memukul mereka dan hanya sering marah melalui kata-kata sahaja,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, wanita tersebut diminta mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Katanya lagi, pihak polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat dibawah Seksyen 377C/377CA/323 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE