Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, hal itu kerana perkara tersebut telah mengganggu perjalanan perbicaraan ke atas suspek-suspek yang terlibat memandangkan inkues masih belum selesai ketika ini.

“Biarlah mahkamah yang membuat keputusan dalam kes ini. Pertuduhan ke atas suspek perlu dipinda daripada cubaan membunuh kepada membunuh di bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan seperti yang disyorkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita kesal suspek telah dibebaskan walaupun polis memohon kepada pendakwa raya untuk mengubah pertuduhan yang telah diberikan sebelum ini. Perkara ini amat luar biasa dan meragukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut mempertikaikan gangguan-gangguan daripada Pejabat Peguam Negara walaupun inkues sedang berjalan yang seolah-olah cuba untuk mempengaruhi saksi kes selain memberi tekanan kepada koroner dalam membuat pendengaran serta penghakiman.

Katanya, persoalan juga timbul apabila segala gangguan yang dilakukan itu seolah-olah cuba untuk melindungi suspek selain menunjukkan sistem keadilan negara sudah tidak mempunyai kredibiliti.

“Di mana ikrar ‘rule of law’ yang digembar-gemburkan selama ini? Mana keadilan buat Muhammad Adib, pasukan bomba dan keluarganya,” katanya. - UTUSAN ONLINE