Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, jenazah tersebut telah dihantar menerusi kedutaan tersebut menggunakan pesawat MH 713 hari ini.

Jelas kenyataan itu, setelah tiba di Jakarta, kedua-dua jenazah tersebut akan diserahkan kepada kementerian Luar untuk diserahkan kepada keluarga mangsa masing-masing di Bandung dan Pangandaran.

“Sejak awal lagi, kedua-dua negara memberi perhatian serius terhadap kes pembunuhan kejam ini, bermula dari proses padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dan cap jari mangsa kepada penghantaran balik kedua-dua jenazah ini.

“Polis dari kedua negara itu juga telah bertukar maklumat mengenai siasatan kes ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk mendedahkan kes ini dengan teliti,” jelas kedutaan itu, hari ini. - UTUSAN ONLINE