Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi pertama di sebuah rumah kongsi di Cyberjaya berjaya menahan seramai 183 orang warga Indonesia dan seorang warga negara China dan Bangladesh.

“Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah hotel di Jalan Pudu dan menahan seramai 18 orang wanita terdiri daripada warga Thailand, Indonesia, Laos, China dan seorang lelaki warga Bangladesh.

“Kesemua yang ditahan didapati melakukan kegiatan pelacuran selain melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan permit tamat tempoh,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas selesai operasi, di sini hari ini.

Selain Mustafar, turut serta dalam operasi tersebut ialah  Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.

Menurut Mustafar, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - UTUSAN ONLINE