Namun, kali ini, hukuman gantung mandatori sedang menanti lelaki berusia 51 tahun itu selepas dia diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika menghala ke mesin pengimbas Kastam, pada pukul 12.30 te­ngah malam.

Pemeriksaan polis kemudia­nnya menemukan plastik lutsi­nar berisi 2.3 kilogram (kg) syabu

NOOR AZAM JAMALUDIN (kanan) menunjukkan dadah yang diikat pada betis suspek sebelum dirampas di KLI
NOOR AZAM JAMALUDIN (kanan) menunjukkan dadah yang diikat pada betis suspek sebelum dirampas  di KLIA semasa sidang akhbar di Shah Alam, Selangor semalam.   BERNAMA

bernilai RM113,900 yang diikat pada kedua-dua paha dan betis lelaki tersebut.

Tangkapan itu merupakan satu daripada dua rampasan dadah oleh polis Selangor dalam hari yang sama, melibatkan ke­seluruhan bahan terlarang tersebut adalah 14.3 kg yang bernilai RM1.709 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, lelaki terbabit yang juga dikesan positif sya­bu ditawarkan pakej melancong percuma berserta wang tunai RM8,000 oleh sindiket tempatan untuk dijadikan ‘keldai dadah’.

“Suspek sudah dua kali menyeludup dadah melalui laluan udara, kali pertama dia terlepas,” kata Noor Azam yang enggan memperincikan bila dan bagaimana suspek boleh terlepas daripada kawalan keselamatan di pintu masuk negara sebelum ini, dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, da­lam kes berasingan di Brickfields pula, Noor Azam memberi­tahu, sebuah rumah kedai yang dijadikan stor dadah diserbu pada 4.30 petang, hari yang sama dan polis berjaya menahan lima lelaki (empat tempatan dan seorang warga Indonesia) bersama 12 kg dadah bernilai RM1.596 juta.

Menurutnya, dadah tersebut juga milik sindiket tempatan dan pihaknya kini sedang menyiasat apakah kes di KLIA dan Brickfields itu saling berkait atau sebaliknya.

Jelasnya untuk kedua-dua kes, semua suspek direman tujuh hari dan mereka juga disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

“Bagi kes kedua, kita juga menyita kereta Honda Accord, Toyota Vios dan Proton Saga berserta wang tunai RM50,000, kesemua dadah berkenaan pula untuk pasaran tempatan, manakala kes KLIA untuk pasaran Asia Timur,” jelasnya.