Ketua Polis Daerah, Superintenden Ab. Rashid Mat Daud berkata, mayat Ng Chee Siang, 47, ditemukan di dalam bilik tidur ibunya, Lee Sai Mai, 68, di Taman Seri Kota Pasir Pekan, Wakaf Bharu pada pukul 3.30 petang semalam.

“Kali terakhir ibunya menelefon mangsa pada Jumaat lalu.

“Sehari kemudian ibunya sekali lagi menelefon anaknya tetapi tidak berjawab,” katanya di sini hari ini.

Ab. Rashid memberitahu, sebelum kejadian, Sai Mai bercuti selama seminggu di Kuala Lumpur dan pulang ke rumah mereka di Tumpat semalam.

Katanya, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah.

“Hasil pemeriksaan juga tiada sebarang kesan kecederaan kepada mangsa,” ujarnya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat. - UTUSAN ONLINE