Ahmad Akmal Datuk M. Tahrir, 41, berkata, perbuatan pemilik akaun Foo Sing Wai itu amat melampau dengan memuat naik gambar kartun seorang lelaki bersama kanak-kanak yang telah diubah tertera nama Muhammad dan Aisyah.

“Kali ini penghinaan yang dibuat terhadap Nabi Muhammad dan isteri amat keterlaluan dan sangat melampau. Sebagai orang Islam saya rasa tidak cukup kita hanya marah di Facebook sekiranya tidak membuat laporan.

“Maka pada petang ini saya bersama-sama sahabat saya membuat laporan dan harap pihak polis dan Suruhanjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini petang tadi.