Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah kira-kira pukul 10 pagi.

Nazri berkata, UMNO bahagian itu dan seluruh masyarakat berdiri penuh dan menyokong Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu serta seluruh kerabatnya.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mana-mana pihak yang menghina institusi Raja-raja Melayu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE