Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1, 138 laporan polis dibuat mengenai penghinaan agama Islam.

“13 laporan lagi membabitkan penghinaan terhadap agama-agama lain yang terdapat di negara ini.

“Hasil laporan itu, sebanyak 25 kertas siasatan telah dibuka untuk diambil tindakan,” katanya ketika menjadi panel forum mengenai Ancaman Gerakan Ekstremisme Kepada Perpaduan dan Keharmonian Komuniti di Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE