Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hasil siasatan dua minggu lagi

KUALA LUMPUR 19 Mei – Siasatan kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi memasuki sudut baharu bagi mencari punca kematiannya yang dipercayai dibuli dan dipukul.

S.Subramaniam
S.Subramaniam

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pi­haknya menerima permohonan untuk menggali semula anggota kaki yang telah dipotong selepas pasukan forensik patologi tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat yang telah diadakan sebelum ini.

“Kaki Allahyarham telah dipotong dan dikebumikan ketika pelajar terbabit masih hidup. Justeru, pasukan forensik ingin melakukan bedah siasat terhadap anggota badan itu,” katanya selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Persatuan Ortopedik Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia (MOA), Datuk Dr. Azmi Baharudin.

Beliau mengulas laporan media berhubung jenazah pelajar tersebut yang meninggal dunia pada 26 April lalu telah digali semula untuk siasatan lanjut.

Arwah merupakan pelajar tahfiz yang kisahnya menjadi tular dalam media sosial setelah kedua-dua belah kakinya dipotong didakwa akibat didera seorang pembantu warden.

Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia setelah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor sejak 19 April lalu.

Subramaniam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian pelajar tersebut dan sama ada proses penggalian semula jenazah telah dilakukan.

Beliau berkata, hasil siasatan dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Agak pramatang jika saya menyatakan punca kematiannya ketika siasatan masih dijalankan. Kita tunggu hasil siasatan yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain