Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, individu tersebut merupakan Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Bharu dekat sini.

“Saya mengesahkan kita ada membuat tangkapan baharu terhadap seorang hakim bagi kes tersebut. Sejumlah wang tunai turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, tempoh reman timbalan pendakwa raya dan peguam akan disambung reman selama dua hari.

Jelasnya, sebahagian anggota polis yang ditahan juga akan disambung reman bagi membantu siasatan.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penahanan enam anggota polis serta timbalan pendakwa raya dan peguam pada 17 Julai lalu kerana menerima rasuah.

Hasil penangkapan itu, wang tunai RM17,500 turut ditemukan dipercayai suapan yang diterima mereka.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM atas kesalahan sogokan.-UTUSAN ONLINE