Kejadian dipercayai berlaku pada awal Mei lalu.

Difahamkan, mangsa telah cuba menolak permintaan suspek namun disebabkan bimbang suspek berkecil hati, mangsa akur dengan kehendak suspek dan perbuatan itu berlaku selama lebih kurang tiga minit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, perkara itu telah terjadi sebanyak lima kali.

"Pada 26 Jun lalu, mangsa telah pulang ke rumahnya di Johor dan menceritakan apa yang berlaku antara dia dan gurunya.

"Mangsa turut berasa takut untuk balik semula ke sekolah tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Hamzah, satu tangkapan telah dibuat hari ini di Ampang dan suspek telah direman hingga 17 Julai.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE