Dalam kejadian pukul 5 petang, remaja lelaki berusia 17 tahun terbabit diilihat melakukan aksi ‘Wheelie’ bersama rakannya yang membonceng di belakang sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, remaja terbabit cuba melarikan diri apabila anggota trafik mahu menahan dan membuat pemeriksaan.

“Anggota trafik bertindak mengejarnya yang memecut laju ke arah Jalan Kuala Lipis sejauh 12 kilometer.

“Dia ditahan sebaik tiba di Hentian Gua Musang dan bertindak agresif ketika anggota trafik mahu menahannya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.

Kata Mohd. Taufik, pemeriksaan lanjut mendapati nombor pendaftaran digunakan pada motosikal milik abang suspek adalah palsu.

“Selain itu cukai jalannya juga telah tamat tempoh. Suspek pula didapati tidak mempunyai lesen serta positif dadah jenis methamphetamine,” katanya

Susulan itu, dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan 1987 dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan 1987. - UTUSAN ONLINE