Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemilik Facebook tersebut secara biadab telah menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui beberapa status yang dimuatnaik beliau.

Dr. Asyraf Wajdi mendakwa, seperti terdapat dua piawaian yang berbeza diguna pakai dalam mengambil tindakan terhadap individu yang bersifat rasis dan menghina agama di Malaysia.

"Semacam ada dua piawai yang berbeza diguna pakai. Apabila orang Melayu Islam dituduh rasis begitu pantas sekali tindakan diambil.

"Sedangkan beberapa kes sebelum ini yang menyaksikan kebiadaban segelintir individu seperti Foo Sing Wei ini begitu lambat tindakan diambil walaupun berpuluh laporan polis dibuat," kata Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO berharap tidak ada sikap pilih kasih terhadap individu yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana agama.

Menurut beliau, rakyat hakikatnya merindui zaman kegemilangan Malaysia yang cukup harmonis dalam kepelbagaian agama dan kaum.-UTUSAN ONLINE